Friday, June 10, 2011
renungan...
kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan...sekadar renungan buat kawan-kawan dan ingatan buat diri sendiri...
Saturday, May 07, 2011
coconut shake + aiskrim....best
rasa bangga pulak kerana dilahirkan di kampung...hehehee
Friday, April 29, 2011
cerita cinta...
kisah cinta kita biar kita yang melakarnya...kita hias dengan kasih sayang, cinta abadi dan rindu membara...agar boleh kita cipta mahligai cinta bahagia impian bersama. akan ku sematkan kata-kata pujangga buat tatapan dikau seorang, akan ku anyam rindu bersulamkan kasih buat dikau beradu, akan ku lakar cinta kita buat teman di kala rindu...bak pungguk rindukan bulan, begitu jua ku rasakan bila dikau tiada di mata...namun apakan daya, begitu lah cerita cinta kita selagi tiada penghujungnya...
riadah...suatu petang
Wednesday, April 06, 2011
cinta suci...
cinta suci...
datangnya dinanti
hati menjadi saksi
perginya diratapi
air mata setia menanti
menjadi teman sejati
musim cinta berputik lagi
menyebarkan harum ke pelusuk hati
panas bagaikan bayangan rindu...
hujan bagaikan titisan cinta...
malam bagaikan selimut kasih...
hanya di kau seorang di hati
menyemai cinta...
bak dunia aku yang punya
menabur janji...
bak salju yang suci
melabuhkan bahagia...
ibarat penghujung dunia
namun...
apa yang pasti...
cinta diredhai...
cinta direstui...
sukar diperolehi
hanya perlu...
diiringi doa, ke hadrat ilahi
pasti cinta suci...
milik kita...kekal abadi
insyaALLAH...
nukilan:aincomel
Subscribe to:
Posts (Atom)
