Tuesday, August 17, 2010

pemisah antara kebenaran & kebatilan

Saat dan tika ini, kita sedang menempuh bulan ramadan dan marilah kita sama-sama memohon rahmatNYA. Jika sebelum ini, kita banyak melakukan kesilapan, insaf dan bertaubatlah sama ada ia dosa kecil atau besar. Kembalilah kepada ajaran Al-Quran dan Sunah kerana pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Al-Quran, kitab agung peninggalan Nabi Muhammad S.A.W buat umatnya diturunkan pada bulan ini, Ramadan.

Firman Allah yang bermaksud:
(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan al-quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah...
-Surah Al-baqarah: 185.

Pada bulan ini juga, Allah membuka luas pintu-pintu rahmah agar dapat menaungi hambaNYA yang tekun beribadat dengan memberi ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Sumber: Majalah NUR (ogos 2010/m.s 10)

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan sudah...

Ramadhan...bulan yg cukup indah serta menakjubkan bg ummat islan khasnya. kunjungannya di tunggu saban tahun tanpa rasa jemu...kini muncul jua. begitu juga aku, sangat gembira dengan kunjungan bulan ramadhan yg mempunyai kelebihan tersendiri dr bulan2 yg lain. aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi kesempatan kpd diriku untuk menikmati ramadhan kali ini. sesungguhnya diriku milikMU sepenuhnya...

SALAM RAMADHAN kpd semua kawan2 dan kenalan aincomel walau pun di mana jua anda berada...sama2 lah kita mengerjakan ibadah ini dgn hati yg ikhlas...moga2 kebaikan kita diterima YANG MAHA ESA...

Monday, May 03, 2010

Pantun Buat Ibu...

Pergi pasar membeli keli
Dibeli pula bersama cili
Jasamu ibu membesarkan kami
Ibarat lilin membakar diri




Anak cina mandi di tepi perigi
Mandi bersama adik siti
Walau usia memamah diri
Kasihmu ibu tetap dihati




Mandi bersama adik siti
Mandi pula di Tanjung Kali
Kasihmu ibu nan suci
Sayangmu ibu tiada ganti



Nukilan: aincomel/03 mei 2010

Friday, April 30, 2010

antara yg ku suka...


bestnya...klu blh mkn semua ni selalu...:)

Monday, March 08, 2010


Tum Paas Aaye Yoon Muskaraye
Tumne Na Jaane Kya Sapne Dikhaye
Ab To Mera Dil Jaage Na Sota Hai
Kya Karoon Haye Kuchh Kuchh Hota Hai

Na Jaane Kaisa Ehsaas Hai
Bujhti Nahin Hai Kya Pyaas Hai
Kya Nasha Is Pyaar Ka
Mujhpe Sanam Chhane Laga
Koi Na Jaane Kyon Chein Khota Hai
Kya Karoon Haye Kuchh Kuchh Hota Hai 

Kya Rang Layi Meri Dua
Ye Ishq Jaane Kaise Hua
Becheiniyon Mein Mann
Na Jaane Kyon Aane Laga
Tanhai Mein Dil Yaadein Sanjota Hai
Kya Karoon Haye Kuchh Kuchh Hota Hai

lagu: Kuchh Kuchh Hota Hai / Alka Yagnik, Udit Narayan

Har Ghadi Badal Raha Hai Roop Zindagi
(setiap saat kehidupan ini berubah rupa)

Chaav Hai Kahhi Hai Dhoop Zidnagi
(kadangkala ia adalah tempat berteduh,
kadang kala kehidupan ini adalah matahari terik...)

Har Pal Yahan
Jee Bhar Jiyo Jo Hai Sama
(hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat,
sementara masih ada masa...)

Kal Ho Na Ho
(entah esok ada atau tiada)

Har Ghadi Badal Raha Hai Roop Zindagi
(setiap saat kehidupan ini berubah rupa)

Chaav Hai Kahhi Hai Dhoop Zidnagi
(kadangkala ia adalah tempat berteduh,
kadang kala kehidupan ini adalah matahari terik...)

Har Pal Yahan
Jee Bhar Jiyo Jo Hai Sama
(hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat,
sementara masih ada masa...)

Kal Ho Na Ho
(entah esok ada atau tiada)

Chaahe Jo Tumhe Poore Dil Se
Milta Hai Woh Mushkil Se
(susah menjumpai seseorang yang akan
menyintaimu dengan sepenuh hati...)

Aisa Jo Koi Kahin Hai
(jika ada seseorang sebegitu,)

Bas Vahi Sabse Hasin Hai
(dialah yang terbaik untukmu...)

Us Haath Ko Tum Thaam Lo
Woh Meherbaan Kal Ho Na Ho
(peganglah tangannya, sibaik hati itu... 
entah esok ada atau tiada...)

Har Pal Yahan
Jee Bhar Jiyo Jo Hai Sama
(hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat,
sementara masih ada masa...)

Kal Ho Na Ho
(entah esok ada atau tiada)

Palko Ke Leke Saaye
Paas Koi Jo Aaye
(jika seseorang memanggilmu dengan isyarat mata...)

Lakh Sambhalo Paagal Dil Ko
(cubalah kawal hatimu,)

Dil Dhadke Hi Jaaye
(tetapi ia akan terus berdebar...)

Par Sochlo Is Pal Hai Jo
(tetapi fikirkanlah apa yang ada disaat ini,)

Woh Dastan Kal Ho Na Ho
kisah ini...entah esok ada atau tiada)

Har Pal Yahan
Jee Bhar Jiyo Jo Hai Sama
(hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat,
sementara masih ada masa...)

Kal Ho Na Ho
(entah esok ada atau tiada)

Har Pal Yahan
Jee Bhar Jiyo Jo Hai Sama
(hiduplah dengan sepenuhnya setiap saat,
sementara masih ada masa...)

Kal Ho Na Ho
(entah esok ada atau tiada)

lagu: Kal Ho Na HO / Sonu Nigam

Friday, March 05, 2010

aku adalah aku

aku adalah aku
yang punya impian setinggi langit
ingin menggapai bulan nan satu
buat teman hidupku
ingin petik bintang beribu
buat alas beradu
ingin menyapa bayu yang berlalu
agar aku tersenyum selalu
ingin berkicau bak burung yang riang
moga aku gembira hendakNya
ingin lapang bak laut nan luas
agar hati tenang selalu
aku adalah aku
satu dalam seribu
yang punya impian begitu

coretan: aincomel/05 mac 2010

Wednesday, February 17, 2010

kek...


hmmm...bestnyaaa...kalau blh makan kek hari2 kan...:) kek adalah diantara kesukaanku...pantang tgk kek yang comel, tambah2 yang berperisa coklat... mula ler nak beli...hehehehe...tu pun ada masanya ler...pe org kata...time2 kaya baru dpt gaji ke ok ler. tapi, kalau teringin sesangat tu...xkira aah...janji dpt. aincomel rela redah hujan panas semata-mata dek kerna sepotong kek. kek...oh...kek...jatuh cinta aku dibuatnya...:)

Wednesday, February 10, 2010

coklat oh coklat...


salam semua...dh lama rasanya aincomel xcoretkan cita kat blog ni. nak cita pasal setem...xada setem terbaru.tapi...aincomel ada cita ni pasal coklat. aincomel ni suka makan coklat, smlm aincomel jln2 kat ampang point time lunch, lalu terbeli ler 1 coklat ni...buatan Malaysia...namanya grandeur, aincomel beli 3 perisa iaitu hazelnuts, dark coklat & rosell. besttt.......aincomel gak beli coklat ferrero rocher yang 16 biji tu dgn harga RM13, murahkan. entah knp harganya xsama dgn yang kat kedai, krg pasti ler.. sbbnya aincomel beli ngan kwn. manakala, cita hari ni lain ckit...ia membuatkan aincomel gembira sbbnya dapat coklat free....kwn ofis bg. Thanks Lai...i suka sangat coklat vochelle hazelnuts...kalau hari2 dpt coklat sukanyaaaa...tapi...  makin tembam ler....:D 

Tuesday, January 26, 2010

Madah Cinta...

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-ingatnya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu padanya.

Setiap orang punya rasa cinta. tetapi tidak semua orang merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia.

Manusia tidak jatuh ke dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta. Tetapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta.

Sumber: Di petik dari buku 'Cinta 1...2...3' 

Friday, January 22, 2010

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan


Anak cina pasang lukah

Lukah dipasang di tanjung jati

Didalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak

Daun selasih dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan


Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

kalau tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

lagu: Gurindam Jiwa / Nordin Ahmad & Latifah Omar

Monday, January 18, 2010

Mata Wang Malaysia


Mata Wang Malaysia adalah setem keluaran 01/2010 merupakan 'special issue' yg dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada hari ini (18 jan 2010). Kepada pengemar setem, sudah pasti tidak melepaskan peluang ini, termasuk ler... aincomel sendiri...pagi-pagi lg sudah mengunjungi galeri setem di Dayabumi Complex. terkejut melihatnya.....ramai sungguh org yg sedang beratur utk membeli setem. namun...seronok pula tgk gelagat mrk semua... mcm2 ragam n gaya...aincomel juga sempat bersembang dgn beberapa org sementara menunggu giliran membeli setem. seronok...dpt bersembang pasal setem ni...:)  setem bertemakan Mata Wang Malaysia cukup menarik dan unik, imej yg tertera pada setem seolah-olah wang yg betul. setem mata wang Malaysia ni, terdapat dlm 3 reka bentuk sepasang bernilai 50sen stp 1 setem & lembaran mini bernilai RM5. setem 3 reka bentuk sepasang tersebut terdiri drp imej syiling 10sen, 20sen &50sen bahagian depan & belakang. aincomel lbh teruja dgn lembaranmininya yg memaparkan imej RM50. sekali pandang, memang seperti wang yg betul. aincomel juga sempat membeli 1 lembaran mini yg memaparkan gambar Pendeta Za'ba. walaupun warnanya agak suram, tp tetap menarik pd pandangan mata ini...

Wednesday, January 13, 2010

2009...

Di sini aincomel ingin cita sikit pasal setem yg dikumpul sepanjang thn2009. banyak juga ler...tp xsemua tema yg keluar pd thn 2009 aincomel ada.nampaknya lps ni kena kerja keras utk mendapatkannya supaya koleksi keluaran thn 2009 lengkap. namun, bg aincomel masih blh dibanggakan dgn koleksi 2009, sekurang-kurangnya ada...xgitu kwn2...Pos Malaysia telah mengeluarkan setem dgn pelbagai tema yg menarik, sepertimana gambar-gambar yg tertera. antaranya, setem bertemakan pakaian tradisional pengantin (melayu, cina, india, org ulu & bajau), masyarakat penyayang, kecemerlangan kejuruteraan dlm pembangunan negara, pokok palma (spt: dudar, palas kapas & serdang), pemeliharaan alam semula jadi, bunga-bungaan taman & rumah tradisional. Menariknya setem rumah tradisional ini ialah, memaparkan koleksi 16 rekabentuk rumah tradisional yg terdpt di setiap negeri di Malaysia. setiap rumah mempunyai senibina & rekabentuk yg berlainan & mempunyai ciri2 unik yg tersendiri. Terdapat juga setem yg bertemakan tumbuhan berubi (ubi keledek, ubi badak, ubi kayu & sengkuan), kapal selam pertama Malaysia-KD TAR serta bangunan cekap tenaga (pusat tenaga Malaysia, Bangi, Suruhanjaya Tenaga, Puterajaya). manakala sempena minggu setem 2009 (07-13 dis, Dataran Pahlawan Melaka Megamall), Pos Malaysia telah mengeluarkan setem bertemakan araknid. Araknid adlh sejenis kategori haiwan dr arthropods (haiwan dgn anggota bersambung) yg dikenali dgn empat pasang kaki & 2 bahagian badan utama iaitu gabungan kepala & toraks & abdomen. kala jenking, labah2, kutu & hama juga termasuk di dlm golongan araknid. Spesies labah2 adlh yg terbesar dlm golongan ini (fighting spider, curved spiny spider, st andrew's cross spider) 

Tuesday, January 12, 2010

1Malaysia


1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak yang berpaksikan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Konsep ini bertepatan dgn cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dgn peruntukan yg termaktub dlm Perlembangan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Dengan itu, pada 31.08.2009 Pos Malaysia telah mengeluarkan setem khas bersempena 1Malaysia. setem-setem yg dikeluarkan adalah mengikut tema yg tersendiri iaitu 1Malaysia, perpaduan, rakyat didahulukan, percapaian diutamakan dan rukun negara. *Setem bertemakan 1Malaysia memaparkan imej 3D logo 1Malaysia yg berlatarbelakangkan imej susunan logo rasmi 1Malaysia dlm bntk peta Malaysia. setem yg bertemakan perpaduan pula menunjukkan perpaduan pelbagai kaum dan etnik Malaysia bersatu padu berganding tangan mempertahan serta memelihara negara Malaysia. Jalur gemilang dipaparkan dlm bntk hati yg melambangkan cinta rakyat Malaysia terhadap negara Malaysia. Berdasarkan tema 'Rakyat Didahulukan', menunjukkan sebilangan lapisan masyarakat; jaminan keselamatan, keperluan pendidikan yg lengkap bg semua golongan muda dlm melahirkan keperluan tenaga profesional dan keperluan perkhidmatan masyarakat bg mewujudkan pembangunan negara yg maju dan masa depan yg cerah. manakala tema 'Pencapaian Diutamakan', menunjukkan negara mengalami proses pencapaian dan pembangunan pesat dlm pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, ekonomi dan teknologi maklumat dlm usaha membawa Malaysia ke peringkat globalisasi. Akhir sekali rukun negara, setem ini menampilkan prinsip 5 Rukun Negara iaitu 'Kepercayaan kepada Tuhan', 'kesetiaan kepada raja dan Negara', 'keluhuran Perlembagaan', 'kedaulatan Undang-Undang', dan 'Kesopanan dan Kesusilaan'. Paling aincomel suka ialah lembaran mini berbentuk no.1 yg memaparkan rakyat malaysia dr berbilang kaum dan etnik mengelilingi logo 1Malaysia melambangkan perpaduan bangsa Malaysia yg mempunyai satu hala tuju utk bersama memajukan negara. (* sumber: Pos Malaysia)

Thursday, January 07, 2010

terjawab sudah...

kini terjawab sudah...
segala persoalan yang berlegar
pasti bukan lagi fantasi

kini terjawab sudah...
aku pasrah dan redha
sesungguhnya dia bukan milikku

kini terjawab sudah... 
tiada lagi sebuah pengharapan
buka lembaran baru
terus mencari... 
tanpa menoleh... 
mengenang kisah lalu

kini terjawab sudah... 
himpunkan segala kekuatan dan semangat
terus melangkah... 
bagai seorang... 
pahlawan gagah

luahan rasa: aincomel/07 jan 2010