Wednesday, January 13, 2010

2009...

Di sini aincomel ingin cita sikit pasal setem yg dikumpul sepanjang thn2009. banyak juga ler...tp xsemua tema yg keluar pd thn 2009 aincomel ada.nampaknya lps ni kena kerja keras utk mendapatkannya supaya koleksi keluaran thn 2009 lengkap. namun, bg aincomel masih blh dibanggakan dgn koleksi 2009, sekurang-kurangnya ada...xgitu kwn2...Pos Malaysia telah mengeluarkan setem dgn pelbagai tema yg menarik, sepertimana gambar-gambar yg tertera. antaranya, setem bertemakan pakaian tradisional pengantin (melayu, cina, india, org ulu & bajau), masyarakat penyayang, kecemerlangan kejuruteraan dlm pembangunan negara, pokok palma (spt: dudar, palas kapas & serdang), pemeliharaan alam semula jadi, bunga-bungaan taman & rumah tradisional. Menariknya setem rumah tradisional ini ialah, memaparkan koleksi 16 rekabentuk rumah tradisional yg terdpt di setiap negeri di Malaysia. setiap rumah mempunyai senibina & rekabentuk yg berlainan & mempunyai ciri2 unik yg tersendiri. Terdapat juga setem yg bertemakan tumbuhan berubi (ubi keledek, ubi badak, ubi kayu & sengkuan), kapal selam pertama Malaysia-KD TAR serta bangunan cekap tenaga (pusat tenaga Malaysia, Bangi, Suruhanjaya Tenaga, Puterajaya). manakala sempena minggu setem 2009 (07-13 dis, Dataran Pahlawan Melaka Megamall), Pos Malaysia telah mengeluarkan setem bertemakan araknid. Araknid adlh sejenis kategori haiwan dr arthropods (haiwan dgn anggota bersambung) yg dikenali dgn empat pasang kaki & 2 bahagian badan utama iaitu gabungan kepala & toraks & abdomen. kala jenking, labah2, kutu & hama juga termasuk di dlm golongan araknid. Spesies labah2 adlh yg terbesar dlm golongan ini (fighting spider, curved spiny spider, st andrew's cross spider) 

No comments:

Post a Comment