1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak yang berpaksikan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Konsep ini bertepatan dgn cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dgn peruntukan yg termaktub dlm Perlembangan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Dengan itu, pada 31.08.2009 Pos Malaysia telah mengeluarkan setem khas bersempena 1Malaysia. setem-setem yg dikeluarkan adalah mengikut tema yg tersendiri iaitu 1Malaysia, perpaduan, rakyat didahulukan, percapaian diutamakan dan rukun negara. *Setem bertemakan 1Malaysia memaparkan imej 3D logo 1Malaysia yg berlatarbelakangkan imej susunan logo rasmi 1Malaysia dlm bntk peta
Malaysia. setem yg bertemakan perpaduan pula menunjukkan perpaduan pelbagai kaum dan etnik Malaysia bersatu padu berganding tangan mempertahan serta memelihara negara Malaysia. Jalur gemilang dipaparkan dlm bntk hati yg melambangkan cinta rakyat Malaysia terhadap negara Malaysia. Berdasarkan tema 'Rakyat Didahulukan', menunjukkan sebilangan lapisan masyarakat; jaminan keselamatan, keperluan pendidikan yg lengkap bg semua golongan muda dlm melahirkan keperluan tenaga profesional dan keperluan perkhidmatan masyarakat
bg mewujudkan pembangunan negara yg maju dan masa depan yg cerah. manakala tema 'Pencapaian Diutamakan', menunjukkan negara mengalami proses pencapaian dan pembangunan pesat dlm pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, ekonomi dan teknologi maklumat dlm usaha membawa Malaysia ke peringkat globalisasi. Akhir sekali rukun negara, setem ini menampilkan prinsip 5 Rukun Negara iaitu 'Kepercayaan kepada Tuhan', 'kesetiaan kepada raja dan Negara', 'keluhuran Perlembagaan', 'kedaulatan Undang-Undang', dan 'Kesopanan dan Kesusilaan'. Paling aincomel suka ialah lembaran mini berbentuk no.1 yg memaparkan rakyat
malaysia dr berbilang kaum dan etnik mengelilingi logo 1Malaysia melambangkan perpaduan bangsa Malaysia yg mempunyai satu hala tuju utk bersama memajukan negara. (* sumber: Pos Malaysia)
Biodata Ketua Polis Negara
2 days ago
No comments:
Post a Comment