Tuesday, January 26, 2010

Madah Cinta...

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-ingatnya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu padanya.

Setiap orang punya rasa cinta. tetapi tidak semua orang merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia.

Manusia tidak jatuh ke dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta. Tetapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta.

Sumber: Di petik dari buku 'Cinta 1...2...3' 

Friday, January 22, 2010

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan


Anak cina pasang lukah

Lukah dipasang di tanjung jati

Didalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak

Daun selasih dimakan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan


Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

kalau tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

lagu: Gurindam Jiwa / Nordin Ahmad & Latifah Omar

Monday, January 18, 2010

Mata Wang Malaysia


Mata Wang Malaysia adalah setem keluaran 01/2010 merupakan 'special issue' yg dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada hari ini (18 jan 2010). Kepada pengemar setem, sudah pasti tidak melepaskan peluang ini, termasuk ler... aincomel sendiri...pagi-pagi lg sudah mengunjungi galeri setem di Dayabumi Complex. terkejut melihatnya.....ramai sungguh org yg sedang beratur utk membeli setem. namun...seronok pula tgk gelagat mrk semua... mcm2 ragam n gaya...aincomel juga sempat bersembang dgn beberapa org sementara menunggu giliran membeli setem. seronok...dpt bersembang pasal setem ni...:)  setem bertemakan Mata Wang Malaysia cukup menarik dan unik, imej yg tertera pada setem seolah-olah wang yg betul. setem mata wang Malaysia ni, terdapat dlm 3 reka bentuk sepasang bernilai 50sen stp 1 setem & lembaran mini bernilai RM5. setem 3 reka bentuk sepasang tersebut terdiri drp imej syiling 10sen, 20sen &50sen bahagian depan & belakang. aincomel lbh teruja dgn lembaranmininya yg memaparkan imej RM50. sekali pandang, memang seperti wang yg betul. aincomel juga sempat membeli 1 lembaran mini yg memaparkan gambar Pendeta Za'ba. walaupun warnanya agak suram, tp tetap menarik pd pandangan mata ini...

Wednesday, January 13, 2010

2009...

Di sini aincomel ingin cita sikit pasal setem yg dikumpul sepanjang thn2009. banyak juga ler...tp xsemua tema yg keluar pd thn 2009 aincomel ada.nampaknya lps ni kena kerja keras utk mendapatkannya supaya koleksi keluaran thn 2009 lengkap. namun, bg aincomel masih blh dibanggakan dgn koleksi 2009, sekurang-kurangnya ada...xgitu kwn2...Pos Malaysia telah mengeluarkan setem dgn pelbagai tema yg menarik, sepertimana gambar-gambar yg tertera. antaranya, setem bertemakan pakaian tradisional pengantin (melayu, cina, india, org ulu & bajau), masyarakat penyayang, kecemerlangan kejuruteraan dlm pembangunan negara, pokok palma (spt: dudar, palas kapas & serdang), pemeliharaan alam semula jadi, bunga-bungaan taman & rumah tradisional. Menariknya setem rumah tradisional ini ialah, memaparkan koleksi 16 rekabentuk rumah tradisional yg terdpt di setiap negeri di Malaysia. setiap rumah mempunyai senibina & rekabentuk yg berlainan & mempunyai ciri2 unik yg tersendiri. Terdapat juga setem yg bertemakan tumbuhan berubi (ubi keledek, ubi badak, ubi kayu & sengkuan), kapal selam pertama Malaysia-KD TAR serta bangunan cekap tenaga (pusat tenaga Malaysia, Bangi, Suruhanjaya Tenaga, Puterajaya). manakala sempena minggu setem 2009 (07-13 dis, Dataran Pahlawan Melaka Megamall), Pos Malaysia telah mengeluarkan setem bertemakan araknid. Araknid adlh sejenis kategori haiwan dr arthropods (haiwan dgn anggota bersambung) yg dikenali dgn empat pasang kaki & 2 bahagian badan utama iaitu gabungan kepala & toraks & abdomen. kala jenking, labah2, kutu & hama juga termasuk di dlm golongan araknid. Spesies labah2 adlh yg terbesar dlm golongan ini (fighting spider, curved spiny spider, st andrew's cross spider) 

Tuesday, January 12, 2010

1Malaysia


1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak yang berpaksikan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Konsep ini bertepatan dgn cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dgn peruntukan yg termaktub dlm Perlembangan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Dengan itu, pada 31.08.2009 Pos Malaysia telah mengeluarkan setem khas bersempena 1Malaysia. setem-setem yg dikeluarkan adalah mengikut tema yg tersendiri iaitu 1Malaysia, perpaduan, rakyat didahulukan, percapaian diutamakan dan rukun negara. *Setem bertemakan 1Malaysia memaparkan imej 3D logo 1Malaysia yg berlatarbelakangkan imej susunan logo rasmi 1Malaysia dlm bntk peta Malaysia. setem yg bertemakan perpaduan pula menunjukkan perpaduan pelbagai kaum dan etnik Malaysia bersatu padu berganding tangan mempertahan serta memelihara negara Malaysia. Jalur gemilang dipaparkan dlm bntk hati yg melambangkan cinta rakyat Malaysia terhadap negara Malaysia. Berdasarkan tema 'Rakyat Didahulukan', menunjukkan sebilangan lapisan masyarakat; jaminan keselamatan, keperluan pendidikan yg lengkap bg semua golongan muda dlm melahirkan keperluan tenaga profesional dan keperluan perkhidmatan masyarakat bg mewujudkan pembangunan negara yg maju dan masa depan yg cerah. manakala tema 'Pencapaian Diutamakan', menunjukkan negara mengalami proses pencapaian dan pembangunan pesat dlm pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, ekonomi dan teknologi maklumat dlm usaha membawa Malaysia ke peringkat globalisasi. Akhir sekali rukun negara, setem ini menampilkan prinsip 5 Rukun Negara iaitu 'Kepercayaan kepada Tuhan', 'kesetiaan kepada raja dan Negara', 'keluhuran Perlembagaan', 'kedaulatan Undang-Undang', dan 'Kesopanan dan Kesusilaan'. Paling aincomel suka ialah lembaran mini berbentuk no.1 yg memaparkan rakyat malaysia dr berbilang kaum dan etnik mengelilingi logo 1Malaysia melambangkan perpaduan bangsa Malaysia yg mempunyai satu hala tuju utk bersama memajukan negara. (* sumber: Pos Malaysia)

Thursday, January 07, 2010

terjawab sudah...

kini terjawab sudah...
segala persoalan yang berlegar
pasti bukan lagi fantasi

kini terjawab sudah...
aku pasrah dan redha
sesungguhnya dia bukan milikku

kini terjawab sudah... 
tiada lagi sebuah pengharapan
buka lembaran baru
terus mencari... 
tanpa menoleh... 
mengenang kisah lalu

kini terjawab sudah... 
himpunkan segala kekuatan dan semangat
terus melangkah... 
bagai seorang... 
pahlawan gagah

luahan rasa: aincomel/07 jan 2010