Thursday, December 24, 2009

setemku...


“SetemKu” telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad untuk para pelanggan yang mahu mempamerkan imej detik peristiwa istimewa mereka di setem. Imej ini bersama-sama dengan setem asas akan membentuk satu setem pos yang sah. “SetemKu” boleh didapati secara eksklusif dalam 4 reka bentuk dan ia membolehkan seseorang individu memperingati acara-acara khas seperti perkahwinan, ulangtahun, pertunangan, hari ibu, alumni, hari jadi, hari bapa, hari memperingati kasih sayang (Hari Valentine), pengumuman khas seperti kelahiran bayi baru & lain-lain. (sumber: http://www.pos.com.my/)

 hari konvokesyen...            diriku... 

seiringan dgn minat akan setem, maka aincomel mengambil peluang ini untuk mengabdikan imej sendiri yg bertemakan hari konvokesyen & diriku...aincomel membuat "setemku" ini lbh kurang 10 bulan yg lps. teruja dan bangga kerana imej sendiri tertera di setem, kerana tidak pernah terfikir sblm ini yg imej sendiri tertera di setem. Jutaan TERIMA KASIH kpd Pos Malaysia kerana menawarkan "setemku" untuk mengabdikan detik yg indah dlm hdp...saat melihat imej sendiri di setem, menguatkan lagi semangat untuk meneruskan minat serta hobi mengumpul setem...

No comments:

Post a Comment