Thursday, December 24, 2009

LAT and GANG...


Pos Malaysia telah mengeluarkan setem khas yg memaparkan lakaran kartun tokoh kartunis tersohor negara, Dato' Mohd Nor Khalid atau lbh dikenali sebagai Lat. setem khas ini dikeluarkan sempena minggu setem 2008 (1.12.2008) yg bertempat di Berjaya Times Square. aincomel juga tidak ketinggalan menghadirkan diri. tapi hanya hari pertama, kerana lps tu kena balik kampung...tapi tidak mengapa kerana aincomel sudah miliki setem LAT and GANG. seronok dpt miliki setem khas ni...ditambah pulak ari tu jugak aincomel beli setem2 lain y tiada dlm koleksi. berhabiskan duit katakan...dek minat yg mendalam. Pada hari tu...aincomel membeli sampul surat hari pertama, buku setem kecil dan lembaran mini yg dicetak menggunakan "cetakan warna perak" dan memaparkan suasana bandar di Malaysia. Watak-watak kartun yg terdapat di dalam lukisan ini adalah watak2 yg sering dilihat di dalam kartun Lat yg memainkan peranan berbeza bergantung kpd cerita dan terdiri dari kanak2 serta dewasa dari pelbagai kaum. setem Lat yg lain lak bertemakan permainan anak kampung & guru sekolah yg garang. aincomel suka sangat setem LAT and GANG ni, walau pun hitam putih tapi seni yg dipaparkan cukup halus, menarik dan blh membuatkan aincomel tersenyum dgn puasnya. Terutamanya lembaran mini yg berwarna perak, memperlihatkan lakaran kartunnya cukup mahal....sekalung TAHNIAH kpd Dato' Lat...

No comments:

Post a Comment