Thursday, December 24, 2009

setemku...


“SetemKu” telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad untuk para pelanggan yang mahu mempamerkan imej detik peristiwa istimewa mereka di setem. Imej ini bersama-sama dengan setem asas akan membentuk satu setem pos yang sah. “SetemKu” boleh didapati secara eksklusif dalam 4 reka bentuk dan ia membolehkan seseorang individu memperingati acara-acara khas seperti perkahwinan, ulangtahun, pertunangan, hari ibu, alumni, hari jadi, hari bapa, hari memperingati kasih sayang (Hari Valentine), pengumuman khas seperti kelahiran bayi baru & lain-lain. (sumber: http://www.pos.com.my/)

 hari konvokesyen...            diriku... 

seiringan dgn minat akan setem, maka aincomel mengambil peluang ini untuk mengabdikan imej sendiri yg bertemakan hari konvokesyen & diriku...aincomel membuat "setemku" ini lbh kurang 10 bulan yg lps. teruja dan bangga kerana imej sendiri tertera di setem, kerana tidak pernah terfikir sblm ini yg imej sendiri tertera di setem. Jutaan TERIMA KASIH kpd Pos Malaysia kerana menawarkan "setemku" untuk mengabdikan detik yg indah dlm hdp...saat melihat imej sendiri di setem, menguatkan lagi semangat untuk meneruskan minat serta hobi mengumpul setem...

LAT and GANG...


Pos Malaysia telah mengeluarkan setem khas yg memaparkan lakaran kartun tokoh kartunis tersohor negara, Dato' Mohd Nor Khalid atau lbh dikenali sebagai Lat. setem khas ini dikeluarkan sempena minggu setem 2008 (1.12.2008) yg bertempat di Berjaya Times Square. aincomel juga tidak ketinggalan menghadirkan diri. tapi hanya hari pertama, kerana lps tu kena balik kampung...tapi tidak mengapa kerana aincomel sudah miliki setem LAT and GANG. seronok dpt miliki setem khas ni...ditambah pulak ari tu jugak aincomel beli setem2 lain y tiada dlm koleksi. berhabiskan duit katakan...dek minat yg mendalam. Pada hari tu...aincomel membeli sampul surat hari pertama, buku setem kecil dan lembaran mini yg dicetak menggunakan "cetakan warna perak" dan memaparkan suasana bandar di Malaysia. Watak-watak kartun yg terdapat di dalam lukisan ini adalah watak2 yg sering dilihat di dalam kartun Lat yg memainkan peranan berbeza bergantung kpd cerita dan terdiri dari kanak2 serta dewasa dari pelbagai kaum. setem Lat yg lain lak bertemakan permainan anak kampung & guru sekolah yg garang. aincomel suka sangat setem LAT and GANG ni, walau pun hitam putih tapi seni yg dipaparkan cukup halus, menarik dan blh membuatkan aincomel tersenyum dgn puasnya. Terutamanya lembaran mini yg berwarna perak, memperlihatkan lakaran kartunnya cukup mahal....sekalung TAHNIAH kpd Dato' Lat...

Monday, December 21, 2009

antaranya...

ok...lupakan sejenak pasal besday. mari bercerita pasal setem lak...di sini ingin aincomel kongsi pasal setem yg dikumpul sejak 13 tahun yg lps. mula-mula minat setem, aincomel tidak tetapkan tema yg khusus utk mengumpul. pada masa tu hanya perasaan ingin memiliki yg menebal, hinggakan pantang jmp setem walau d mana jua...pasti aincomel ambil. saat memiliki hanya ALLAH saja yg tahu perasaannya bagaimana. terlalu suka n hati yg berbunga-bunga kerana terisi jua buku setem aincomel. tp sampai sekarang aincomel xpasti berapa jumlah setem yg ada dlm simpanan...yg pasti lbh dr 100...:D ada bermacam-macam setem dgn pelbagai saiz, warna, tema, gambar dan imej yg membawa maksud tersendiri, nilai seni yg tinggi lagi unik. kepada peminat2 setem, pasti ada alasan yg tersendiri kenapa setem dipandang tinggi dan sanggup berhabiskan duit dek kerana sekeping setem. pada aincomel sekeping setem tu blh membuatkan aincomel tersenyum puas dan hati berbunga riang. gambar-gambar yg dipaparkan adalah sebahagian setem dr simpanan aincomel, seperti setem bunga raya, rambutan, nenas dan manggis. setem P.Ramlee pun ada....xketinggalan juga yg bertemakan measat, permainan tradisional, muzium kesenian islam, persidangan ilmu sedunia kedua, piala thomas-Uber KL 2000, sukan komanwel ke XVI (KL 98), burung, kucing dan pelbagai lagi.                                                                                                                                                  

belated birthday...


birthday...birthday...ingatkan dh habis, rupa-rupnya ada lagi. semuanya malam tadi punya cita, kat umah...sepupu2 dan adik aincomel punya angkara. diaorg buat majlis special tuk aincomel....kejutan katakan lah...siap ngan pizza lg tu...yg penting kek besday...comel dan besttttt....sangat. xsangka...dpt makan kek lg. tp part yg paling aincomel suka ialah...pe lg kalau bkn dpt hadiah....yes...dpt hadiah lg...:) bukan minta, tp pemberian ikhlas dr mrk semua...didahului dgn ucapan ribuan terima kasih...ln thn nk lg ya....:D kali ni apa ler bendanya ya...buka punya buka...dpt tuala...warna hijau tu...warna kegemaran aincomel. pe lg...lebar ler senyum dpt benda yg bewarna hijau, sejuk mata memandang...kad ucapan pun comel gak n warna hijau gak...macam tau2 je warna kegemaran...suka ngat kalau dpt semua hijau. nti kalau byk2 hijau jd hutan lak...:D tp xmengapa....dh memang minat hijau...hutan pun hutan ler...janji happy...:) hmmmm...yg ni lak ln citanya... kejadian kat ofis. pepagi lg aincomel dpt ni... mashie yg bagi. seronok ler kalau hari2 dpt hadiah. tp siapa yg sanggup bg hadiah hari2....botak ler kepala kalau cam tu...hehehehe. besttttt......nyaaaaaaa dpt hadiah....nak smbut besday tiab2 hari ler...hahahaha xmasuk dek akal tul, mana leh sambut besday hari2...hmm..apa2 pun aincomel suka n terima ngan hati y ikhlas. tima kacih mashie...penanda buku tu comel.... chop!!!chop!!! lum habis lg.....ada 1 lg adiah yg aincomel nak tunjuk....ni ia...kwn baik yg bagi.tima kacih ya wahai intan payungku....sham. sy suka ngat baju tu....merah lagi, n comel...:)                                                                                                                                                   

Tuesday, December 15, 2009

terawal...

ini pn cerita pasal setem gak...dibawah ni adalah setem yg mula2 aincomel kumpul. dulu, pantang terjumpa sampul surat, mesti cepat2 amik sbb nk setemnya. kebanyakannya setem2 ini lah aincomel dpt.

         

ada setem kelapa sawit, padi, koko, kopi & getah utk semua negeri di malaysia. setem2 ini telah malaysia gunakan selama 20 tahun, yg mana dikenali sebagai setem definati iaitu setem default yang diguna pakai masyarakat, bukan setem istimewa yang dikeluarkan secara bermusim. lagi satu setem yg sama iaitu berimejkan pokok lada hitam. setem2 ni juga ada yang aincomel beli kat pejabat pos. setem ini semua akan aincomel jaga dgn rapi dan simpan sampai bila2.....mana tau nti leh bg anak cucu tengok.....hehehehe

       

hobiku...

hobi...hobi...hobi...                                                                                       semua org ada hobi yg tersendirikan?? bengitu juga ngan aincomel...ia bermula kira-kira 13 tahun yg lalu. tidak diketahui dgn jelas, macamana aincomel blh melibatkan diri dalam minat mengumpul setem, yang pasti bagi aincomel... setem adalah sesuatu yg unik dan corak yg terdapat atasnya merupakan seni yg tidak ternilai. dulu hanya memotong setem terpakai yg diperolehi dr sampul2 surat. tapi sekarang aincomel blh tersenyum girang kerana sudah menjadi ahli kelab setem pos malaysia yg akan memastikan aincomel memperolehi setem keluaran terbaru pos malaysia stp bln. baru-baru ni aincomel mengemaskini semula setem2 yg tersedia ada masukkan dlm album baru. seronok ler...tengok setem banyak2 ni...teruja dibuatnya... ok setakat ni saja...ln kali aincomel cerita lg pasal setem ni...

Thursday, December 10, 2009

hadiah oh hadiah...

hadiah oh hadiah....seronok dapat hadiah. aincomel tidak mengharap... tapi kalau dapat sukanyaaaaaaa...... jom ramai-ramai selongkar apa aincomel dapat tahun ini sempena birthday.....
pertama aincomel dapat ni.....
hmmmm apa ni, tengok macam resit hutang pun ada...hehehehe
tapi apa yang aincomel dapat ialah facial treatment di Huayi Hair Growth & Care. tempat ni bawah office aincomel je....best...aincomel sudah buat pun hari khamis minggu lepas. seminggu awal dapat hadiah ni, kak aini (officemate) yang bagi.
  cupcake comel ni zai yang bagi. pepagi lagi aincomel dapat, ada orang hantar ke ofis...delivery dari cupcakeHUDA yang ditempah khas oleh zai untuk aincomel. terkejut sakan aincomel.....tapi senyum meleret ler dapat kek. tambah lak, kek kegemaran....moist chocolate...bestttttt...
yang ni lagi terkejut n amat melucukan... tidak disangka-sangka termakbul jua permintaan menjelang detik 12 tanggal 10 dis 2009. sebenarnya aincomel acah je......jom tengok apakah ia:
  apa ni....kasut ke??? tapi bile pegang kotanya, sejuk...apa eik...buka je penutupnya...pe lagi ketawa ler aincomel hahahahahaha...tidak terbayang dek akal, rupa2nya...milo ais kegemaran aincomel. hadiah ni akan menjadi sweet memori di masa akan datang...:)
kalau nak tahu ni semua mashie  punya kerja, tapi tidak mengapa, aincomel suka. seterusnya aincomel dapat ni....aiskrim cornetto perisa vanila....suka ngat coz dah lama xmakan. Thanks Lai...coz bagi sy aiskrim ni. Last sekali yang aincomel dapat ialah....diari. pemberian ikhlas dari seorg kawan. hmmm... ni ler semua hadiah yang aincomel dapat di hari birthday 2009, xbyk pun tapi aincomel hargai sangat. terima kasih y tidak terhingga kepada kwn2 y sudi meraikan birthday ain n kwn2 y sms n mms ucap birthday kat ain. ini ler memori indah dlm hdp aincomel...


hatiku riang...



salam...

     hari ini aincomel gembira sangat, sebabnya.....hari ini 'birthday' aincomel. bukannya apa, cuma nak kongsi kegembiraan & aincomel nak abadikan apa yang aincomel dapat dari kawan-kawan sempena 'birthday' tahun ini. Selamat Hari Lahir aincomel....semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam bidang yang di ceburi, sihat hendakNYA dan happy sokmo...:)

hari ini...

hari ini muncul lagi...
hari yang dinanti-nanti
hari yang membuat diriku...
ingin kelihatan menawan
hari yang membuat diriku...
tersenyum indah
hari yang membuat hatiku...
berbunga riang
hari yang segalanya...
sempurna bagiku
hari yang ditungu-tungu 
saban tahun...
tanggal 10 disember
adalah hari lahirku
amat bermakna...
dalam hidupku...

coretan: aincomel/10 dis 2009

Tuesday, December 08, 2009

puisi untuk teman

puisi untuk teman
kau datang aku tidak pinta,
datang menyemai benih-benih persahabatan,
aku sambut tanpa disua,
lalu aku ikat tali perhubungan.
saat gembira...kita bersama,
saat kesedihan kau setia disisi,
apa lagi yang aku pinta,
hanya kesetiaan sepanjang masa.
aku bahagia disamping....
seorang insan bergelar sahabat.
puisi untuk teman
kau pergi.. aku tiada menghalang,
pergi meninggalkan memory bersama,
kan aku simpan utuh...
disudut kecil hatiku.
moga suatu hari bersua kembali,
maka terjalin pula satu hubungan,
yang entah bila akhirnya.
apa yang pasti...
aku redha dengan ketentuan ILAHI.
 
coretan: aincomel

cinta nan suci...

cinta nan suci...
kunjung tiba tanpa dipinta
hilangnya sekelip mata
pergi begitu tanpa berita
perit sungguh hati yang lara...
cinta nan suci...
bagai ombak menghempas pantai
ibarat pungguk rindukan bulan...
cinta nan suci...
tidak hilang dek zaman
cinta teguh setia dihati
hanya dikau tersemat di hati
cinta nan suci...
milik kekal abadi...

nukilan hati: aincomel/23 jun 2009

Friday, December 04, 2009

senyum terukir dibibir...

senyum terukir dibibir...
seribu satu persoalan
hati meronta kepiluan

senyum terukir dibibir...
kaki dihayun lemah longlai
fikiran terawang-awangan

senyum terukir dibibir...
tidak tergambar...
hatiku girang

senyum terukir dibibir...
hatiku terguris...
perasaanku tercalar...

untuk sekian kalinya...
senyum terukir dibibir...

nukilan: aincomel/18 jun 2009

Laman Terindah...

Laman Terindah...
megah berdiri, pamerkan diri
bak teman sejati
sedia menanti, pena empunya diri.

Laman Terindah...
nama diberi
hak milik kekal abadi
aincomel empunya sendiri.

Laman Terindah...
sarat dengan pelbagai isi
coretan, nukilan, luahan
serta hobi...
pelbagai koleksi menghiasi
buat tatapan sendiri.
ingin jua dikongsi
buat teman yang menatapi...

coretan: aincomel/04 dis 2009