Friday, April 29, 2011

cerita cinta...

kisah cinta kita biar kita yang melakarnya...kita hias dengan kasih sayang, cinta abadi dan rindu membara...agar boleh kita cipta mahligai cinta bahagia impian bersama. akan ku sematkan kata-kata pujangga buat tatapan dikau seorang, akan ku anyam rindu bersulamkan kasih buat dikau beradu, akan ku lakar cinta kita buat teman di kala rindu...bak pungguk rindukan bulan, begitu jua ku rasakan bila dikau tiada di mata...namun apakan daya, begitu lah cerita cinta kita selagi tiada penghujungnya...

riadah...suatu petang

penyu ni dibuat masa beriadah tepi pantai bersama adk2 tersayang, ini lah salah satu aktiviti y kami lakukan bila berada di pantai...suka jln2 kat pantai...coz udaranya segar, nyaman dan menikmati suasana laut y luas dgn pemandangan y cantik. sangat2 bersyukur kerana diberi kesempatan menikmati alam ciptaan ALLAH SWT y tidak ternilai ini...

suasana waktu petang di pantai bisikan bayu...seronok dapat meluangkan masa bersama-sama adk-adk ku sambil bergurau senda, gelak ketawa dan bergembira menceriakan riadah...suatu petang. dgn ini kami adk beradik lbh rapat...suka duka kongsi bersama...terima kasih ALLAH...kerana mengurniakan aku sebuah keluarga y bahagia...syukur alhamdullilah...


Wednesday, April 06, 2011

cinta suci...

cinta suci...

datangnya dinanti

hati menjadi saksi

perginya diratapi

air mata setia menanti

menjadi teman sejati


musim cinta berputik lagi

menyebarkan harum ke pelusuk hati

panas bagaikan bayangan rindu...

hujan bagaikan titisan cinta...

malam bagaikan selimut kasih...


hanya di kau seorang di hati

menyemai cinta...

bak dunia aku yang punya

menabur janji...

bak salju yang suci

melabuhkan bahagia...

ibarat penghujung dunia


namun...

apa yang pasti...

cinta diredhai...

cinta direstui...

sukar diperolehi

hanya perlu...

diiringi doa, ke hadrat ilahi

pasti cinta suci...

milik kita...kekal abadi

insyaALLAH...


nukilan:aincomel