
kalau balik kg...ni ler air kegemaran kami sekeluarga.almaklum ler...dulu aincomel kat perantauan....so bile balik sekali sekala tu,mula ler mengidam nak minum coconut shake + aiskrim. apa lg...aincomel pun paksa ler adk lelaki y gagah perkasa panjat pokok kelapa....hehehe... ayah lak jd mangsa beli aiskrim...n aincomel ler tukang buatnya n adk2 y lain tungu minum je....

bestnya...tengok isi kelapa yang putih bersih lg gebu...kalau boleh mkn setiap hari kan seronok...tp xpe, blh nikmatinya sekali sekala pun cukup bersyukur.... inilah salah satu keistimewaan kampung y tiada di bandar.
rasa bangga pulak kerana dilahirkan di kampung...hehehee

... kali ni coconut shake + aiskrim perisa keladi...campuran y sempurna sekali, menghasilkan rasa y cukup mengkagumkan. bagi aincomel campuran itu cukup istimewa...tambah2 aiskrim perisa keladi mmg aincomel suka. kalau beli aiskrim potong perisa keladi ler... menjadi pilihan pertamaku. akhir sekali ini lah hasilnya, coconut shake + aiskrim keladi...siap diminum...saat y di nanti2, minum bersama-sama keluarga tersayang. minum pulak di waktu petang sambil membuang pandangan menikmati suasana kampung yang

menghijau, mendengar alunan muzik kicauan burung2 dan di temani pulak angin petang y bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil bersembang kosong...bahagia rasanya di saat itu...bagai dunia aku y punya, bak tiada masalah y perlu ditanggung dan difikirkan...namun realiti dunia, bahagia macam mana pun kita...masih lg dilanda badai masalah y xpernah surut. bergantung kpd kita pulak macam mana nak mencorakkan permasalahan itu supaya kita blh lg tersenyum walau dlm seribu kepayahan...:)